2/05/2015

Rezeki Yang Tidak Di Sangka-Sangka

Allah (SWT) berfirman di dalam Surah At Talaaq (65) ayat 2 & 3:



Maksudnya: "dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Fahamilah maksud ayat ini.  Jangan hanya menggantungkannya dalam bentuk bingkai gambar di rumah atau di kedai-kedai mengharapkan rezeki yang melimpah ruah ataupun menyelesaikan masaalah kita.  Bantuan Allah itu akan datang dengan syarat hendaklah kita bertaqwa kepada Nya.

Sekadar peringatan.

Alhamdulillah, semalam 4 Februari, Allah mendatangkan rezeki kepada guru-guru MKLC.  Dengan cokelat keknya, laksa Johornya dan asamnya yang di hantar ke MKLC oleh 3 ibubapa pelajar.  Terima kasih kami ucapkan di atas kemurahan hati puan-puan semua.  Kami doakan semoga Allah Limpahkan Rahmat Nya keatas keluarga puan-puan. Aamiin.


2/01/2015

CUTI LAGI

Pelajar-pelajar yang di kasihi.

Ingin dimaklumkan bahawa 3 Februari 2015 iaitu Hari Selasa, adalah cuti umum yang telah diistiharkan oleh Kerajaan Malaysia sempena hari Thaipusam.

Oleh itu MKLC akan di tutup pada hari tersebut dan akan dibuka seperti biasa pada Rabu, 4 Februari 2015.

Selamat bercuti kepada semua.

PENDAFTARAN 2015

Untuk makluman semua, walaupun sekarang telah masuk bulan Februari, kami masih lagi menerima pertanyaan dan juga pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi tahun 2015 ini.

Alhamdulillah, kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan.  Sekiranya tuan/puan masih mencari-cari tempat bagi anak-anak puan belajar mengaji Iqra/ Al-Qur'an, Hafazan, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah dan Ibadah, kami masih membuka pintu selagi tempat masih ada untuk anak-anak tuan puan.

Berikut adalah program yang kami tawarkan:-

KAFA

Hari Isnin hingga Jumaat

Sesi Pertama (2,30ptg hingga 4.30ptg) untuk pelajar berusia 8, 9, 10, 11 dan 12 tahun.

Sesi Kedua (4.30ptg hingga 6.30ptg) untuk pelajar berusia 7, 8 dan 9 tahun sahaja.

Subjek: Iqra/Al-Qur'an, Hafazan, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah Fiqh & Akhlak (English) dan Seerah & Hadith (English)

Yuran-yuran

Pendaftaran (untuk pelajar baru)                  RM100
Buku dan bahan pembelajaran (setahun)     RM130.00 ke RM195.00
Yuran bulanan (dibayar untuk 3 bulan)       RM140 x 3


KINDY KAFA

Untuk anak-anak berusia 4 - 6 tahun
Hari Isnin hingga Jumaat

Sesi Pertama (2.30ptg hingga 4,30ptg)
Sesi Kedua (4.30ptg hingga 6.30ptg)

Subjek: Iqra, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah & Ibadah

Yuran-yuran

Pendaftaran (untuk pelajar baru)                 RM100
Buku dan bahan pembelajaran (setahun)    RM100
Yuran bulanan (dibayar untuk 3 bulan)       RM150 x 3

KAFA2DAYS

Untuk pelajar berusia 7 & 8 tahun

2 pilihan kelas:  A. Hari Isnin & Selasa                 B. Hari Khamis & Jumaat

Jam: 4.30ptg hingga 6.30ptg

Subjek: Iqra/Qur'an, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah Fiqh & Akhlak (English) dan Seerah & Hadith (English)

Yuran-yuran

Pendaftaran (untuk pelajar baru)                RM100
Buku dan bahan pembelajaran (setahun)    RM130 - RM195
Yuran bulanan (dibayar untuk 3 bulan)       RM100 x 3

SATURDAY CLASS

Untuk pelajar berusia 7 - 13 tahun

Setiap hari Sabtu termasuk cuti sekolah kecuali cuti umum.

Jam: 9.00pagi hingga 12.00 tengahari

Subjek: Iqra/Qur'an, Aqidah Fiqh & Akhlak (English) dan Seerah & Hadith (English)

Yuran-yuran

Pendaftaran (untuk pelajar baru)                 RM100
Buku dan bahan pembelajaran (setahun)    RM100
Yuran bulanan (dibayar untuk 3 bulan)       RM80 x 3

Tuan/puan boleh menghubungi 03 77259163 (Pejabat) atau 012 3700013 (Ummi) atau 019 4592700 (Ustazah Ema) atau 0193027144 (Ustazah Afieqah) bagi mendapatkan maklumat lanjut.
    

KEMBALI KE SEKOLAH

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.  Dengan rasa syukur, pada Januari 2015 ini, genaplah usia Mutiara KAFA Learning Centre (MKLC) 8 tahun.

MKLC telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan, suka duka, dalam usaha menyampaikan ajaran Islam berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun, alhamdulillah, MKLC telah mencapai pelbagai kejayaan dalam dakwahnya.


Walau bagaimanapun tidak dinamakan dakwah sekiranya tiada halangan dan rintangan.  Dan cabaran besar MKLC adalah mendapatkan tenaga pengajar yang benar-benar memahami usaha dakwahnya.  Tenaga pengajar yang sering bertukar samaada melanjutkan pelajaran, atau mendapat perkerjaan yang lebih lumayan gajinya atau berpindah ke tempat lain.  Namun demikian ada guru-guru yang memahami serta setia berkhidmat dengan MKLC walaupun ada yang menerima tawaran yang lebih baik.  Kepada mereka, MKLC mengucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa antum.


Cabaran keduanya adalah mendapatkan jumlah pendaftaran yang cukup bagi membolehkan MKLC meneruskan operasinya kerana gaji guru-guru dan sewa permis bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar.  Memandangkan operasi MKLC  tanpa mendapat sumbangan dari luar, maka jumlah tertentu pelajar adalah amat perlu bagi menentukan kesinambungan operasi MKLC.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah masukkan sumbangan anda ke Mutiara KAFA Learning Centre, Bank Islam Bhd no akaun: 14195010002811.  Atas sumbangan anda, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa semoga Allah balas kemurahan hati anda dengan Rahmat dan Kurniaan Nya.

Namun, apa juga cabaran, kami di MKLC tahu bahawa atas apa juga usaha-usaha kebaikan dakwah ini, Allah pasti akan membantu kami dan itulah sumber kekuatan kami.  Allah berfirman:-

A069

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.  Surah al-Ankabut (29): 69

Kami berdoa dan berharap pada tahun 2015 ini, ramai ibubapa yang akan mendaftarkan anak-anak mereka untuk kami didik agar mereka mempunyai asas pelajaran Islam supaya kelak mereka menjadi anak-anak yang soleh.  Semoga Allah Berkati usaha kami ini, aamiin.